Kisah Ayam

Pada zaman dahulu, di dunia ini tiada manusia lagi yang hidup tidak wujud lagi. Yang tinggal adalah binatang-binatang sahaja. Dalam kalangan binatang, terdapat raja, dan raja tersebut adalah seekor singa. Raja sangat baik dengan semua binatang didunia ini.
Pada suatu hari, raja membuat perjumpaan yang tergempar….dalam perjumpaan tersebut…raja memberitahu bahawa pada masa akan datang, akan ada pendatang baru akan muncul di dunia … dan pendatang baru itu adalah manusia.
Raja juga menyatakan…jika manusia muncul, manusia akan membunuh binatang yang boleh dijadikan makanan mereka. Oleh sebab, raja tidak mengetahui binatang apa yang merupakan makanan kepada manuasia, raja pun menyuruh semua binatang meramaikan keturunan mereka, termasuklah ayam…
Raja telah memberikan keistimewaan kepada semua binatang termasuk ayam. Kelebihan tersebut adalah semua binatang boleh melahirkan keturunan mereka yang sama iras seperti mereka.Ayam pun berasa sangat gembira untuk meramaikan keturunannya.. tiba hari yang dinanti oleh ayam, maka dia pun melahirkan anaknya… akan tetapi dia berasa sangat kesal… “kenapa anak aku berwarna putih, berbentuk bujur dan tidak bergerak seperti anak kamu sang arnab?, dia bertanya kepada arnab.
Arnab pun menjawab, “lebih baik kita pergi tanya kepada raja,mungkin dia ada jalan penyelesaiannya. Maka dengan itu, mereka pergi ke istana untuk berjumpa dengan raja.Setiba disana, ayam pun bertanya kepada raja. “Mengapa anak saya tidak serupa dengan saya, kenapa badannya berwarna putih, berbentuk bujur dan tidak bergerak?, Tanya ayam kepada raja”
Raja tersenyum, lalu berkata kepada kepada ayam, “kamu jangan bimbang ayam, kamu perlu eramkan anak kamu itu selama 21 hari dan selepas itu kamu akan mendapat anak yang mempunyai ciri-ciri seperti kamu”. Baiklah kalau begitu, saya akan tunggu lagi 21 hari, jawab ayam kepada raja.
Setelah itu, ayam pun pulang ke rumahnya dan mengeramkan anaknya selama 21 hari. Tiba hari yang 21 itu, ayam pun terkejut, apabila benda bujur yang berwarna putih itu retak dan tiba –tiba keluar seekor anak ayam yang mirip sepertinya. Ayam berasa sangat gembira dan memberitahu semua penghuni dunia ini serta memberitahu raja juga.

No comments:

Post a Comment